Perjalanan dari
Lapangan Terbang Tambang Murah Sepang ke Perth mengambil masa lebih kurang 5
jam 30 minit. Sebaik saja pesawat berada di awan, anda akan diberi sekeping
kad. Kad ini perlu diisi bagi memberi informasi kepada pegawai di kaunter
kastam dan imigresen sebaik tiba di Terminal Antarabangsa Perth.
Anda perlu menjawab
setiap soalan yang diberi. Sila pastikan anda gunakan pen bermata bola berwarna
hitam atau biru. Antara soalan yang tercatat pada kad tersebut adalah alamat
penginapan dan nombor telefon anda sewaktu berada di Perth. Anda juga akan
ditanya berapa banyak wang yang dibawa dan juga tentang barang makanan.
Pegawai kastam dan imigresen
di Terminal Antarabangsa Perth amat tegas dalam
setiap barang yang dibawa masuk ke negara mereka. Terutama sekali barang
makanan dan cenderahati. Jika anda ada membawa barang makanan kering seperti
maggi, ubat-ubatan dan susu formula bayi, anda perlu beritahu kepada pegawai
kastam dan imigresen yang bertugas. Selalunya tiga soalan ini pasti akan
ditanya. Jadi jangan cuba sembunyikan daripada mereka. Jika ditangkap, anda
akan didenda atau terus dihantar pulang.
Jika didalam pesawat,
anda ada membeli minuman seperti teh ataupun milo/nescafe, selalunya ia akan
diberi dalam bentuk uncang teh ataupun dalam peket sachet. Jika ada baki uncang
teh atau peket sachet yang tidak digunakan dan anda turut membawanya bersama
anda, anda perlu beritahu kepada pegawai tersebut.
Pengalaman keluarga sahabat
warga Malaysia dan juga merupakan penduduk tetap Perth, menjadi pengajaran
kepada saya. Hanya kerana beberapa peket sachet nescafe dan gula yang berbaki
sewaktu dibeli di atas pesawat, mereka telah didenda hampir AUD200.00. Jadi
sebelum terkena, lebih baik beritahu dahulu.
Jika anda mempunyai
penyakit diabetes, asthma atau penyakit lain yang memerlukan anda membawa
ubat-ubatan, anda perlu dapatkan surat dari doktor anda di Malaysia. Pegawai
yang bertugas pasti meminta surat tersebut bagi mendapatkan pengesahan. Jika
tidak, ubat-ubatan anda pasti akan terus dibuang ke dalam tong sampah.
Apabila telah selamat
mendarat, pastikan setiap barang yang dimiliki ada bersama anda kecuali beg
yang disimpan di perut pesawat. Beg yang disimpan di perut pesawat hanya boleh
diambil sebaik saja paspot anda telah dicop oleh pegawai imigresen yang
bertugas di kaunter imigresen.
Kaunter imigresen
terletak di bahagian bawah Terminal Antarabangsa Perth iaitu selepas kedai
“duty free”. Pastikan lorong yang betul bagi pemegang paspot antarabangsa
melainkan jika ada petugas yang membuka lorong ekspres kerana adakalanya
kawasan itu penuh sesak dengan pelancong dari dalam dan luar negara.
Adakalanya ketika
berada di lorong beratur menunggu giliran menuju ke kaunter imigresen, seorang
pegawai bersama dengan seekor anjing pengesan, akan melalui lorong tersebut.
Pastikan anak-anak anda tidak panik kerana itu hanya akan menarik perhatian
anjing tersebut. Tetapi perkara ini jarang berlaku.
Bagi pelancong yang
pertama kali menjejakkan kaki di Perth, pegawai bertugas di kaunter akan
pastikan anda keluarkan paspot anda dari sarungnya. Selagi anda tidak
menanggalkan sarung paspot anda, mereka tidak akan cop paspot tersebut.
Melainkan jika anda tidak faham bahasa Inggeris dengan baik, pegawai yang
bertugas akan melakukannya bagi pihak anda. Serahkan paspot anda bersama dengan
kad informasi yang diisi di dalam pesawat tadi kepada pegawai tersebut.
Beberapa soalan akan
ditanya oleh pegawai yang bertugas di kaunter ini. Antara soalannya adalah
adakah wang yang anda bawa melebihi dari AUD10,000.00? Adakah anda mempunyai saudara
mara di sini? Jawablah dengan baik setiap soalan yang diajukan. Sekiranya anda
datang bersama keluarga, kesemua keluarga anda perlu berada di kaunter
imigresen bersama-sama anda. Pegawai imigresen ini akan mencatatkan perkataan
berbentuk kod yang hanya difahami oleh mereka di atas kad informasi tadi.
Sebaik semua paspot
telah dicop, anda boleh simpan paspot anda di dalam beg tetapi kad informasi
itu perlu dipegang untuk diserahkan kepada pegawai kastam di pintu keluar pula.
Ketika ini anda perlu berjalan menuju ke bahagian pengambilan beg. Anda mungkin
akan disapa oleh beberapa pegawai kastam yang berdiri berhampiran dengan tempat
pengambilan beg tersebut. Mereka akan bertanyakan beberapa lagi soalan.
Adakalanya soalan yang sama di tanya seperti pegawai yang bertugas di kaunter.
Mereka juga akan meminta anda tunjukkan kad informasi kepada mereka tetapi
pastikan anda dapatkan kembali kad tersebut kerana hanya pegawai yang berada di
pintu keluar saja yang akan menyimpannya.
Ketika ini pastikan
semua beg milik anda bersama anda. Anda akan bertemu dengan pegawai kastam yang
lain pula. Pegawai ini akan menentukan sama ada beg-beg yang dibawa perlu di
periksa atau tidak berdasarkan kod catatan diatas kad informasi anda. Jika anda
bernasib baik, pegawai tersebut akan mengarahkan anda ke pintu keluar. Jika
tidak ini bermakna beg-beg anda akan diperiksa satu persatu.
Tips ketika berada di kaunter kastam dan
imigresen :
1)
Pastikan paspot dan kad
informasi bersama anda.
2)
Pastikan kad informasi telah
diisi dengan betul dan di tandatangani.
3)
Jawab setiap soalan yang
diaju oleh pegawai imigresen dengan tenang.
4)
Pastikan anda dan anak-anak
tidak panik ketika anjing pengesan melalui lorong beratur ke kaunter imigresen.
5)
Pastikan surat doktor ada
bersama anda jika anda membawa ubat-ubatan dari Malaysia. (Lebih mudah jika
anda bawa preskripsi ubat anda kerana boleh dibeli di farmasi di sini. Harganya
agak berpatutan.)
6)
Tidak perlu membawa barang
makanan kering kerana banyak restoran dan kedai runcit yang menjual makanan
halal di sini.
7)
Tidak perlu ambil baki
uncang teh atau peket sachet yang tidak diguna dari dalam pesawat.
8) Hanya 2 kotak rokok saja
yang boleh di bawa bersama anda dari Malaysia. (Efektif 1 September 2012)
Salam,
ReplyDeleteSaya stumble blog ni masa google about perth. plan nak pergi soon.
Boleh sy tanya, nail clipper yg ada pisau kecil di dlm tu consider sbg weapon tak?
2 kotak rokok tu meaning if i dgn my cousin, kami boleh bawa 2 kotak each?
alamak..mohon maaf.saya dah lama tak update blog ni. mohon maaf ya. nail clipper tu mmg weapon. takleh bawak. selalunya kat kaunter tiket lagi diorang dah tanya.
Deleteya betul. seorang cuma boleh bawak 2 kotak rokok sahaja.
Salam. nak tanya sikit bos.
ReplyDelete1. hanfon/ laptop/ kamera nanti kena declare x?
2. kalau saya tidak membawa apa-apa barang makanan nanti tick "no" kat passenger card tu kan? kerana saya nak dtg melenggang je.. bawak pakaian + kamera + hanfon.
3. gel rambut REVIVE tu kena declare x?
mohon maaf lambat reply...
Deletesaya ingat blog ini tiada pembaca.
1. tak perlu declare
2. ya betul
3. tak perlu declare
Salam dear.thks for the info?nk tanye sikit,how bout if kite bel baby.of cos susu formula smpn dlm handbag kan..dieorg byangkn ke.nk declare food at kl airport ke kt sane ye..sorry baru nk holiday sane
ReplyDeleteHi boleh bagi tips tempat tempat menarik yg boleh dilawati dan cara ke sana
ReplyDeleteUbat2 tu sy perlu dptkn surat dr doctor sini kn..ubat diisi dlm lugagge cargo blh ke
ReplyDeleteSalam sis nak tnya. Kalau misal kata husband and wife kongsi luggage dan kongsi duit, mcm mne ye? Dua2 kena declare benda yang sama ke? Maksud saya kalau di kad saya declare makanan yg dibawa, adakah di kad suami juga perlu declare benda yang sama? Lagi satu kalau rokok elektronik atau vape boleh bawa ke? Maaf bertanya sbb saya bakal ke perth januaru thn depan. Saya risau jugak ni sbb bila google xjumpe pasal vape ni. Dan betul ke masa imigresen tu scan passport kita akan keluar semua detail pasal kita maksudnya detail yg kita ada saman ke ade kes apa2 ke?
ReplyDeleteSaya harap sis dapat reply komen saya.
ReplyDeletePlay Casinos in Wazala, Wazala, Wazala at Mapyro
ReplyDeleteBrowse the Casinos in Wazala, Wazala, Wazala 익산 출장마사지 and other 남원 출장샵 Wazala 광주광역 출장마사지 casinos in Wazala, Wazala and 속초 출장마사지 other Wazala 군포 출장안마 casinos in Wazala and other Wazala casinos in Wazala