Perth mengalami iklim
Mediteranian. Ia bermakna sepanjang tahun secara amnya, cuaca panas dan baik. Pada
waktu musim sejuk, masih boleh menikmati cahaya matahari walaupun hanya
seketika pada waktu siang.
Jadi ketika anda bersiap-siap
hendak mengunjungi Perth, ada baiknya anda ketahui suhu, cuaca dan musim yang
dialami ketika tarikh lawatan anda.
Musim Bunga
Bermula pada 1hb
September dan berakhir pada penghujung bulan November. Ketika ini cuaca cerah dan suhu tidak berapa
panas terutama dalam bulan Oktober-November. Cuaca amat baik dan hujan
adakalanya turun tetapi amat jarang sekali. Kadangkala hampir tiada langsung.
Suhu secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu
siang
|
Suhu waktu
malam
|
September
|
18-21̊ C
|
9-12̊ C
|
Oktober
|
21-24̊C
|
9-12̊ C
|
November
|
24-27̊C
|
12-15̊C
|
Musim Panas
Bermula pada 1hb
Disember dan berakhir pada penghujung bulan Febuari. Cuaca panas bertambah
terik berlaku dalam bulan Januari-Febuari. Ketika itu cuaca amat terik dan
udara sangat kering. Hujan kadangkala turun. Walau bagaimana pun, Perth mengalami tiupan angin dari arah barat laut
atau dari arah selatan yang dikenali dengan nama “Fremantle Doctor” membantu
menurunkan suhu.
Suhu secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Disember
|
27-30̊ C
|
15-18̊ C
|
Januari
|
30-33̊C
|
18-21̊ C
|
Febuari
|
30-33̊C
|
18-21̊C
|
Musim Luruh
Bermula pada 1hb Mac
sehingga penghujung bulan Mei. Musim luruh di Perth tidak seperti musimluruh di
kebanyakkan negara yang pernah kita lihat. Ia seolah-olah kesinambungan musim
panas atau boleh juga dikatakan sebagai musim bunga yang kedua. Pada waktu
siang agak panas tetapi menjelang malam suhu agak sejuk. Cuaca cerah di siang
hari boleh menjadi terik dan kadangkala hujan turun.
Suhu secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Mac
|
27-30̊ C
|
15-18̊ C
|
April
|
24-27̊C
|
12-15̊C
|
Mei
|
21-24̊C
|
9-12̊C
|
Musim Sejuk
Bermula pada 1hb Jun
dan berakhir pada penghujung bulan Ogos. Hujan boleh dikatakan hampir setiap
hari. Cahaya matahari kadangkala boleh dinikmati beberapa hari. Siang hari amat
sejuk walaupun tiada hujan. Ribut petir dan hujan air batu kadangkala turut
berlaku.
Suhu secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Jun
|
18-21̊ C
|
9-12̊ C
|
Julai
|
15-18̊C
|
6-9̊C
|
Ogos
|
18-21̊C
|
9-12̊C
|
# Sumber dari www.perthtouristcentre.com.au
Perth pernah
merekodkan suhu paling panas yang pada 23 Febuari 1991. Suhunya menjangkau 46.2̊C!
Pengalaman saya
sepanjang berulang alik dari Kuala Lumpur – Perth adalah ketika musim panas
kadangkala boleh menjangkau 40̊C. Cuaca sangat terik dan perlu minum air
sepanjang masa bagi mengelakkan kehilangan air dari badan. Kulit akan menjadi
sangat kering. Lebih baik berada di dalam rumah daripada berada di luar. Walau
bagaimanapun, kebanyakkan aktiviti berlaku ketika musim ini. Pada ketika ini
jika akan ingin berenang di laut perlu berhati-hati kerana musim panas ini
banyak ikan jerung!
Musim bunga adalah
musim yang paling saya suka. Selain daripada melihat bunga-bunga yang mula
berkembang, suasana sejuk dan cahaya matahari yang sentiasa memancar tetapi
tidak terik, sangat menyeronokkan. Musim ini adalah waktu yang paling sesuai mengunjungi
Perth.
Bagi saya musim sejuk
ada pro dan kontranya. Cuaca sejuk dengan suasana yang begitu kelabu amat
merimaskan. Hampir setiap hari hujan amat menyukarkan pergerakan. Walau
bagaimana pun, ada seronoknya berada di musim ini ketika bulan puasa. Bersahur
agak lambat dan berbuka agak awal dengan cuaca yang sejuk, begitu memudahkan
saya menjalani ibadah berpuasa.
Musim luruh pula saya
boleh katakan seperti berada di tanah air. Cuaca panas, bunga-bunga masih
berkembang dan aktiviti-aktiviti luar masih boleh dijalankan seperti biasa
walaupun kadangkala hujan turun. Boleh juga melawat Perth pada bulan ini kerana
walaupun cuaca panas pada sebelah siang tetapi malam agak sejuk. Jadi pastikan
sekiranya anda tiba di Perth pada musim ini, sehelai baju sejuk ada di dalam
bagasi anda.
Tips kembara Perth :
1)
Pastikan anda membawa losyen
pelembab walaupun ketika musim sejuk. (Anda pasti akan mandi air panas bukan?
Sudah tentu kulit akan kering.)
2)
Bawa losyen pelembab bibir.
3)
Jika anda tiba pada musim
sejuk, bawalah tuala sekurang-kurangnya dua helai (jika anda tidak menggunakan
tuala hotel). Suhu yang lembab dengan pancaran matahari yang kurang melambatkan
tuala untuk kering. Tuala atau baju yang dipakai ketika lembab boleh
mengakibatkan penyakit.
4)
Jika anda berenang di laut
ketika musim panas, pastikan anda sentiasa berwaspada dengan suasana sekeliling
anda. Jika terdapat helikopter berlegar-legar di bahagian pantai, selalunya
mereka mengawasi pergerakan ikan jerung. Jika ikan jerung terlalu hampir dengan
pantai, semboyan akan dibunyikan dan anda perlu keluar dari kawasan air secepat
mungkin. (Saya menulis berdasarkan pengalaman!)
5)
Jika ini pengalaman pertama
anak anda (bawah umur 9 tahun) melancong ke luar negara, pastikan anda
mengawasi tahap kesihatan mereka. Kadangkala secara tiba-tiba mereka boleh
mendapat demam. (Terutama anak-anak yang mengalami masalah asthma).
6)
Pada musim bunga, jika anda
mengunjungi pesta bunga yang selalunya diadakan pada setiap tahun, hati-hati
dengan “sang lebah” yang selalu berada di dalam bunga yang mekar berkembang.
tahniah..seronok sangat membaca dan very informatif.
ReplyDeleteTerima kasih. Ada sedikit ilmu itu saya cuba kongsikan. :)
ReplyDeleteAssalam.
ReplyDeleteInsyaAllah 14-17 Jun nak pergi Perth bersama isteri. Agaknya suasananya sejuk sangatke? perluka bawa baju sejuk yang tebal. Trm kasih atas info
Waalaikumussalam...minta maaf lambat reply.
DeletePada saya sangat sejuk. Jika boleh bawalah baju yg agak tebal sedikit tetapi bukanlah seperti pergi ke tempat snow ya. Macam pegi naik genting highland lebih kurang. Kalau naik genting pun saya boleh menggigil. Tetapi Allah lebih berkuasa untuk menentukan. Macam sekarang sepatutnya autumn tetapi terasa seperti summer panasnya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi guys,though to share my wonderful experience in perth. I stayed and rent a car from a malaysian holiday home. Mahira holiday homes and car rental pty ltd.Owner originally from kl.very good service and well equipped holiday bungalow with affordable rates. U can call 0123360098 .owner daughter is here in kl.she arranged everything so well for us.thumbs up!!!they even hav tour packages
ReplyDeleteThank you traveller. I will contact them for further info. Cheers!
Deletesaya bulan 10 ni pergi perth..rsnye cuaca mlm agak sejuk x..hehe
Deletesalam sis, terima kasih info yg sgt berguna memandangkan sy akan pergi ke perth pada awl dec.ini merupakan 1st trip sy dan family.berdasarkan info yg ada awl dec musim panas so perlu ke sy bawa bju sejuk utk ke sana?sy ada daugther 2y, bju yg mcm mne sesuai utk sy sediakan utk dia sepanjang trip ini?
ReplyDeleteSalam sis
ReplyDeleteMarch ni saya akan terbang ke perth. Adakah cuaca di sana sama mcm malaysia terutama waktu mlm?
Salam sis
ReplyDeleteMarch ni saya akan terbang ke perth. Adakah cuaca di sana sama mcm malaysia terutama waktu mlm?
assalamualaikum.nak tumpang tanya..saya akan ke perth bulan julai ni..memandangkan, sejuk dan kerap hujan ketika itu, puan ade cadangan x aktiviti yang boleh dilakukan?melawat tempat indoor contohnya..rekomen tempat kalau boleh..hehe tq
ReplyDeleteassalamualaikum.nak tumpang tanya..saya akan ke perth bulan julai ni..memandangkan, sejuk dan kerap hujan ketika itu, puan ade cadangan x aktiviti yang boleh dilakukan?melawat tempat indoor contohnya..rekomen tempat kalau boleh..hehe tq
ReplyDeleteassalamualaikum.nak tumpang tanya..saya akan ke perth bulan julai ni..memandangkan, sejuk dan kerap hujan ketika itu, puan ade cadangan x aktiviti yang boleh dilakukan?melawat tempat indoor contohnya..rekomen tempat kalau boleh..hehe tq
ReplyDeleteassalamualaikum.nak tumpang tanya..saya akan ke perth bulan julai ni..memandangkan, sejuk dan kerap hujan ketika itu, puan ade cadangan x aktiviti yang boleh dilakukan?melawat tempat indoor contohnya..rekomen tempat kalau boleh..hehe tq
ReplyDeleteAssalam..sy akan ke perth pada 30 ogos-4 sept 2016 ini..musim apa ya?n klu sejuk, mcm kt genting ke or lggg sejuk?sbb sy bwk infant n warga emas..terima kasih
ReplyDeleteAssalam..rancang ke perth pertengahan November bersama isteri dan anak age 11 months. Boleh recommend tempat penginapan yang selesa dan affordable utk kami dan yang boleh memasak. Sesuai ke time ni kami pergi dengan baby age 11month? terima kasih.
ReplyDeleteThanks Azlin. Nice sharing & terbaik! :) Plan pegi cuti sekolah September sewa kereta & tidur khemah berdua dengan anak :D
ReplyDeleteassalam..bole tlg recommend x tempat penginapan dan kereta sewa yg affordable?
ReplyDeletealhamdulillah.. Info sangat berguna..kami baru pertama kali akan ke sana 12+17/11/2016. Moga suasana warnawarni menanti kami di samping ziarah saudara yang lama menetap di sana.
ReplyDeletealhamdulillah.. Info sangat berguna..kami baru pertama kali akan ke sana 12+17/11/2016. Moga suasana warnawarni menanti kami di samping ziarah saudara yang lama menetap di sana.
ReplyDeleteterima kasih..sgt informatif..teringin ke sana
ReplyDeleteNk tnya d Perth bulan berape musim bunga
ReplyDeleteTerima kasih atas usaha tuan blog memberi info. Insya Allah nak pegi awal bulan november. Masih lagi spring kan. Nak bawak budak kecik kena plan betul2
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteInfo
ASSALAMUALAIKUM...TQ amat membantu sgt,saya akan pergi sana pada minggu hadapan 19 mac ....
ReplyDeleteAssalam..tq atas info trip..saya akan ke perth bersama ibu saya pada awal November..ada info2 baju yang sesuai dgn keadaan cuaca pada ketika itu..makanan yang boleh dibawak dari Malaysia macam mana ? Masa di Airport Perth katanya detail item makanan yang dibawa..Kalau2 dpt share..tq
ReplyDeleteSlm.. Saya akn ke perth awal bulan 11 nnti.. Cuaca sejuk ke cmana ek..?
ReplyDeleteSlm.. Saya akn ke perth awal bulan 11 nti... Cuaca cmana ek? Bleh bg tips x brkenaan dgn baju2 yg perlu dibawak pd bulan tuh?
ReplyDeletesaya dr azlan travel& tours sdn bhd ada buat pakej ke PERTH, ground cuma rm1499 seorang dah termasuk transport, homestay , tour leader (private group ) 0125892188 utk tempahan percutian anda ke perth /
ReplyDeletesalam.. saya dan group akan ke perth pada julai 2020 akan datang untuk progran sukarelawan under university kami..bleh tak kongsikan contact no guest house or homestay yang bersesuaian dgn jumlah 25 org..klu bleh nak yang kos rendah...
ReplyDelete