Perth mengalami iklim
Mediteranian. Ia bermakna sepanjang tahun secara amnya, cuaca panas dan baik. Pada
waktu musim sejuk, masih boleh menikmati cahaya matahari walaupun hanya
seketika pada waktu siang.
Jadi ketika anda bersiap-siap
hendak mengunjungi Perth, ada baiknya anda ketahui suhu, cuaca dan musim yang
dialami ketika tarikh lawatan anda.
Musim Bunga
Bermula pada 1hb
September dan berakhir pada penghujung bulan November. Ketika ini cuaca cerah dan suhu tidak berapa
panas terutama dalam bulan Oktober-November. Cuaca amat baik dan hujan
adakalanya turun tetapi amat jarang sekali. Kadangkala hampir tiada langsung.
Suhu secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu
siang
|
Suhu waktu
malam
|
September
|
18-21̊ C
|
9-12̊ C
|
Oktober
|
21-24̊C
|
9-12̊ C
|
November
|
24-27̊C
|
12-15̊C
|
Musim Panas
Bermula pada 1hb
Disember dan berakhir pada penghujung bulan Febuari. Cuaca panas bertambah
terik berlaku dalam bulan Januari-Febuari. Ketika itu cuaca amat terik dan
udara sangat kering. Hujan kadangkala turun. Walau bagaimana pun, Perth mengalami tiupan angin dari arah barat laut
atau dari arah selatan yang dikenali dengan nama “Fremantle Doctor” membantu
menurunkan suhu.
Suhu secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Disember
|
27-30̊ C
|
15-18̊ C
|
Januari
|
30-33̊C
|
18-21̊ C
|
Febuari
|
30-33̊C
|
18-21̊C
|
Musim Luruh
Bermula pada 1hb Mac
sehingga penghujung bulan Mei. Musim luruh di Perth tidak seperti musimluruh di
kebanyakkan negara yang pernah kita lihat. Ia seolah-olah kesinambungan musim
panas atau boleh juga dikatakan sebagai musim bunga yang kedua. Pada waktu
siang agak panas tetapi menjelang malam suhu agak sejuk. Cuaca cerah di siang
hari boleh menjadi terik dan kadangkala hujan turun.
Suhu secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Mac
|
27-30̊ C
|
15-18̊ C
|
April
|
24-27̊C
|
12-15̊C
|
Mei
|
21-24̊C
|
9-12̊C
|
Musim Sejuk
Bermula pada 1hb Jun
dan berakhir pada penghujung bulan Ogos. Hujan boleh dikatakan hampir setiap
hari. Cahaya matahari kadangkala boleh dinikmati beberapa hari. Siang hari amat
sejuk walaupun tiada hujan. Ribut petir dan hujan air batu kadangkala turut
berlaku.
Suhu secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Jun
|
18-21̊ C
|
9-12̊ C
|
Julai
|
15-18̊C
|
6-9̊C
|
Ogos
|
18-21̊C
|
9-12̊C
|
# Sumber dari www.perthtouristcentre.com.au
Perth pernah
merekodkan suhu paling panas yang pada 23 Febuari 1991. Suhunya menjangkau 46.2̊C!
Pengalaman saya
sepanjang berulang alik dari Kuala Lumpur – Perth adalah ketika musim panas
kadangkala boleh menjangkau 40̊C. Cuaca sangat terik dan perlu minum air
sepanjang masa bagi mengelakkan kehilangan air dari badan. Kulit akan menjadi
sangat kering. Lebih baik berada di dalam rumah daripada berada di luar. Walau
bagaimanapun, kebanyakkan aktiviti berlaku ketika musim ini. Pada ketika ini
jika akan ingin berenang di laut perlu berhati-hati kerana musim panas ini
banyak ikan jerung!
Musim bunga adalah
musim yang paling saya suka. Selain daripada melihat bunga-bunga yang mula
berkembang, suasana sejuk dan cahaya matahari yang sentiasa memancar tetapi
tidak terik, sangat menyeronokkan. Musim ini adalah waktu yang paling sesuai mengunjungi
Perth.
Bagi saya musim sejuk
ada pro dan kontranya. Cuaca sejuk dengan suasana yang begitu kelabu amat
merimaskan. Hampir setiap hari hujan amat menyukarkan pergerakan. Walau
bagaimana pun, ada seronoknya berada di musim ini ketika bulan puasa. Bersahur
agak lambat dan berbuka agak awal dengan cuaca yang sejuk, begitu memudahkan
saya menjalani ibadah berpuasa.
Musim luruh pula saya
boleh katakan seperti berada di tanah air. Cuaca panas, bunga-bunga masih
berkembang dan aktiviti-aktiviti luar masih boleh dijalankan seperti biasa
walaupun kadangkala hujan turun. Boleh juga melawat Perth pada bulan ini kerana
walaupun cuaca panas pada sebelah siang tetapi malam agak sejuk. Jadi pastikan
sekiranya anda tiba di Perth pada musim ini, sehelai baju sejuk ada di dalam
bagasi anda.
Tips kembara Perth :
1)
Pastikan anda membawa losyen
pelembab walaupun ketika musim sejuk. (Anda pasti akan mandi air panas bukan?
Sudah tentu kulit akan kering.)
2)
Bawa losyen pelembab bibir.
3)
Jika anda tiba pada musim
sejuk, bawalah tuala sekurang-kurangnya dua helai (jika anda tidak menggunakan
tuala hotel). Suhu yang lembab dengan pancaran matahari yang kurang melambatkan
tuala untuk kering. Tuala atau baju yang dipakai ketika lembab boleh
mengakibatkan penyakit.
4)
Jika anda berenang di laut
ketika musim panas, pastikan anda sentiasa berwaspada dengan suasana sekeliling
anda. Jika terdapat helikopter berlegar-legar di bahagian pantai, selalunya
mereka mengawasi pergerakan ikan jerung. Jika ikan jerung terlalu hampir dengan
pantai, semboyan akan dibunyikan dan anda perlu keluar dari kawasan air secepat
mungkin. (Saya menulis berdasarkan pengalaman!)
5)
Jika ini pengalaman pertama
anak anda (bawah umur 9 tahun) melancong ke luar negara, pastikan anda
mengawasi tahap kesihatan mereka. Kadangkala secara tiba-tiba mereka boleh
mendapat demam. (Terutama anak-anak yang mengalami masalah asthma).
6)
Pada musim bunga, jika anda
mengunjungi pesta bunga yang selalunya diadakan pada setiap tahun, hati-hati
dengan “sang lebah” yang selalu berada di dalam bunga yang mekar berkembang.