Sunday 24 March 2013

Pengangkutan awam di Terminal Antarabangsa Perth


Selamat datang ke Perth!




              Pengangkutan dari Terminal Antarabangsa Perth boleh dipilih sama ada menaiki bas atau teksi. Tidak ada pengangkutan keretapi dari sini.




              Jika anda ingin menaiki bas, sebaik keluar dari pintu ketibaan Terminal Antarabangsa Perth, di bahagian kiri anda ada kaunter “Perth Airport Shuttle – CONNECT”. Anda hanya perlu beritahu destinasi penginapan anda kepada petugas kaunter. Petugas itu akan beritahu samaada mereka akan melalui destinasi anda atau tidak. Jika lokasi penginapan anda terletak di bandar Perth, sudah pasti mereka akan menghantar anda sehingga ke hadapan hotel. Jika tidak, mereka akan menghantar anda ke stesen bas dan keretapi Wellington atau Esplanade. Jadi pastikan di mana lokasi penginapan anda.



               Tiket bas hanya $18.00 jika hotel anda berada di sekitar bandar Perth. Pemandu bas akan memeriksa tiket anda sebelum beg anda dimasukkan ke bahagian tempat simpanan beg iaitu sebuah treler kecil yang ditaut di belakang bas. Ketika anda tiba di destinasi, pastikan anda mengambil beg yang tersimpan di treler kecil itu. Ada kejadian di mana pemandu terlupa mengeluarkan beg dan pemilik beg juga terlupa tentang beg mereka.




           Pemandu bas akan mengambil penumpang di Terminal Dalam Negeri yang berada lebih kurang 10 minit pemanduan dari Terminal Antarabangsa sebelum menghantar penumpang ke lokasi masing-masing. Jika anda menaiki bas sekitar jam 4:00 petang, anda mungkin akan tiba di lokasi penginapan anda sekitar jam 6:00 petang kerana jalanraya agak sesak di waktu begini.








            Jika anda ingin menaiki teksi, sebaik sahaja keluar dari pintu ketibaan Terminal Antarabangsa Perth, anda perlu berjalan ke arah kiri. Lebih kurang 100 meter dari situ terdapat banyak teksi yang sedang menunggu. Jika kumpulan anda melebihi dari 10 orang, anda boleh meminta petugas yang berada di situ untuk dapatkan teksi van. Tambang teksi dari Perth ke lokasi hotel anda sudah tentu berlainan dari satu tempat ke satu tempat. Saya perlu membayar tambang teksi sekitar harga $38.00-$42.00 dari Terminal Antarabangsa Perth ke rumah di South Perth. Tambang teksi berdasarkan laluan perjalanan samaada melalui laluan lebuhraya atau jalan biasa. Lebuhraya di sini tiada tol. Faktor seperti kemalangan, pembaikian jalan, kebakaran hutan dan kesesakkan jalanraya tanpa sebab, menyumbang kepada harga tambang teksi.



10 comments:

  1. Salam
    Saya ingin bertanya pula tentang connect ke Bandar Perth ni. Kita bole ambil return ke apabila balik nanti dia ambil dihotel. Pn Azlin ada Facebook? senang saya nak bertanya heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      Jika tidak silap saya boleh kerana memang kebanyakkan hotel menawarkan perkhidmatan ini kepada pengunjungnya. facebook saya Azlin Ahmad atau cari email alinwarriner@gmail.com

      Delete
  2. Semoga Allah memberkati usaha puan ini..saya akan ke sana pada 22-26 mac 2014 ni.dengan isteri .sekarang saya sedang mengumpul maklumat dan tip2 utk kesana..maklumla kali pertama..info2 dr blog sangat berguna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...amin...blog ini telah lama 'diperam'. Ada apa-apa kemushkilan nanti tanyakan saja di FB ya. :)

      Delete
  3. Salam Puan Alin,
    Jka saya menyewa kereta sepanjang di Perth, berapakah "parking rate" yang selalu dikenakan di kawasan pelancongan di Perth?
    Terima kasih, saya sdang membuat budget untuk perbelanjaan di sana. Mohon info. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum,

    Saya sekeluarga seramai 6 org bercadang nak ke perth pd 23 nov. Apakah transport yg economic utk saya sekeluarga dari airport ke hotel city water?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.....soalan yang sama....boleh dapatkan jawapan...terimakasih...

      Delete
  5. Bagaimana dgn undang2 di airport yg saya dimaklumkan sgt ketat. Saya perlu membawa ubat2an yg perlu diambil setiap masa utk anak? Akan menjadi masalah ker nanti ketika pemeriksaan kastam?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum terima kasih dia atas maklumat ini, Norzi memang tengah buat sedikit research ttg Perth kerana berccadang bercuti dengan anak2 tetapi masih perlu banyk faham ttg keadaan tempatan dan undang undang berkaitan. skali lagi, terima kasih atas maklumat ini

    ReplyDelete
  7. salam, saya akan ke perth bersama anak saudara saya..kami bertiga. boleh saya tanya beberapa soalan. ini adalah kali pertama saya ke perth. email saya hairulshah1711@gmail.com

    ReplyDelete