Sunday 3 March 2013

Paspot, tiket dan visa

Bismillahir Rahmanir Rahim...


Assalamualaikum. 


PASPOT MALAYSIA

Paspot Malaysia adalah dokumen penting yang perlu ada sebelum pergi melancong ke luar negara. Kini dengan harga RM300.00, paspot yang mempunyai jangka hayat selama lima tahun boleh dimiliki. Warga emas pula hanya perlu membayar RM150.00 sahaja. Adakalanya masalah kekurangan wang menjadi agenda utama tetapi niat untuk pergi melancong berkobar-kobar di dada. Anda boleh membayar RM100 untuk mendapatkan paspot yang mempunyai tempoh dua tahun. Pastikan sebelum anda membeli tiket penerbangan, tempoh tamat paspot anda tidak melebihi enam bulan.


TIKET PENERBANGAN

Ramai orang pasti membuat perancangan sebelum melakukan kunjungan ke mana-mana negara. Selepas mengenal pasti destinasi yang ingin dikunjungi, harga tiket pula menjadi pokok utama. Seboleh mungkin, harga tiket yang paling murah menjadi impian.

               Selama saya berulang alik dari Kuala Lumpur - Perth / Perth - Kuala Lumpur, saya mempunyai pengalaman menaiki pesawat Jetstar Airways, Air Asia dan Malaysia Airlines.

    

        Tips kembara Perth yang pertama ingin saya kongsi ialah cari syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan terus ke destinasi (jika ada). 

                  Saya terbang bersama Jetstar Airways kerana pada ketika itu merupakan cuti Hari Natal dan harga yang ditawarkan sangat murah. (Jetstar Airways adalah syarikat penerbangan tambang murah Australia). Tambahan pula saya mempunyai dua orang anak pada ketika itu masih di bawah umur 12 tahun. Sudah tentu saya mencari harga tiket yang paling murah. Selalunya jika hari cuti perayaan, memang susah mendapatkan harga tiket yang gila-gila murah. Entah mengapa mereka membuat promosi harga tiket sedemikian, tidak saya ambil pusing. Tetapi walaupun saya mendapat harga tiket penerbangan yang sangat murah, ada benda lain yang saya perlu bayar dengan harga yang tersangat mahal!

                    Saya dan anak-anak perlu berada di KLIA seawal jam 6:00 pagi kerana pesawat berlepas jam lapan pagi. Jadi kami berjaga seawal jam 4:00 pagi. Jetstar Airways tidak mempunyai penerbangan terus dari KL ke Perth. Jadi kami transit di Singapura dahulu. Penerbangan ke Singapura hanya mengambil masa satu jam dan kami tiba di Changi jam 9:00 pagi.

                    Penerbangan dari Singapura ke Perth pula pukul 6:00 petang pada hari yang sama! Bayangkan kami terpaksa menunggu di Lapangan Terbang Changi selama sembilan jam! Anak-anak yang berjaga seawal pagi begitu penat sekali. Hendak berehat di hotel berhampiran, pada waktu cuti perayaan begitu harga bilik sangat mahal. Kami hanya berlegar-legar di situ dengan mengheret tiga beg bagasi yang besar. Jadi dengan kata lain saya mendapat harga tiket penerbangan yang sangat-sangat murah tetapi saya terpaksa membayar "harga masa" yang sangat-sangat mahal!!! Jadi pilihlah syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan terus ke destinasi walaupun harganya mahal sedikit kerana masa yang hilang tidak boleh ditukar ganti. 

                       
                      Air Asia banyak menawarkan promosi harga murah, jadi rajin-rajinlah melayari laman sesawang syarikat tersebut. Kadangkala syarikat penerbangan Malaysia (MAS) turut menawarkan harga promosi yang sangat murah, malah lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh Air Asia. (Tetapi ia mungkin berlaku sekali dalam lima tahun, mungkin?) Walau bagaimana pun, jika anda mementingkan keselesaan di dalam pesawat, sudah tentu pesawat penerbangan Malaysia dan Jetstar Airways yang menjadi pilihan anda. Saya rasa tidak perlu sebut tentang "keselesaan" di dalam pesawat Air Asia bukan? 


VISA

Jika anda ingin melancong ke Australia, anda perlu ada visa melancong. Selepas membeli tiket penerbangan, baru anda pergi dapatkan visa. Anda boleh dapatkan visa terus secara online ataupun pergi ke mana-mana syarikat agensi pelancongan. 
            
                 Saya tidak pernah dapatkan visa secara online kerana ia agak rumit sedikit. (Mungkin saya yang kurang arif.) Jadi setiap kali saya ingin memperbaharui visa, saya akan pergi ke syarikat agensi pelancongan.

                     Tips kembara Perth yang kedua pula ialah cari syarikat agensi pelancongan yang menawarkan harga visa yang rendah.

                       Paling mahal saya pernah bayar bagi harga sekeping dokumen yang dipanggil visa adalah RM50.00. Masa yang diperlukan bagi mereka mengeluarkan visa tersebut adalah satu hari. Sewaktu adik saya dan seorang rakannya ingin membuat visa melancong ke Australia, ada sebuah syarikat agensi pelancongan cuba mengenakan bayaran sebanyak RM100.00 seorang dan memerlukan tempoh satu minggu!!! Jangan tertipu. 
Inilah rupa visa melancong ke Australia
                        Harga yang dikenakan oleh syarikat agensi pelancongan tidak sama diantara satu sama lain. Mungkin perkara ini perlu diteliti oleh pihak-pihak yang berkenaan.

                 Selepas melakukan banyak pertanyaan, ada sebuah syarikat agensi pelancongan milik orang muslim Malaysia yang terletak berhadapan dengan Wangsa Walk, mengenakan bayaran serendah RM10.00 seorang. Saya selalu berurusan dengan mereka dalam urusan mendapatkan visa. Hanya tunggu lima minit sahaja, urusan visa selesai.

                             Jika anda berminat boleh hubungi mereka di :

Tri- D Travel and Tours Sdn Bhd
No. 27, Ground Floor
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Link
53300 Wangsa Maju
Kuala Lumpur

Tel: 603 - 4149 9815
        603 - 4149 7815

Peringatan !!!

Saya tidak dibayar untuk mengiklankan nama syarikat ini. Harap maklum.


                      Jadi sekarang paspot dan visa sudah siap dan tiket pun telah dibeli, jadi tunggu sahaja hari penerbangannya.



16 comments:

  1. terima kasih saya akan ke situ utk membuat visa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya difahamkan sekarang mereka caj RM50.00 :(

      Delete
  2. Alhmdlla..sgt berinfrmasi..mmg sgt bguna bg sy bl bc blog akak ni.angan2 tu nk g sna,tp xtau bila.hihi

    ReplyDelete
  3. kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.

    dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik suha, InshaaAllah..nanti sampai juga..:)

      traveller, terima kasih. nanti saya akan cari di youtube.

      Delete
  4. saya call travel agent diatas and harga visa australia skrg ialah MYR30 for individual... n kalau buat ramai-ramai dpt lah diskaun... MYR20 per person... Visa will be prepared immediately after submission of scan copy passport... thanks so much Azlin for recommending this travel agent... Australia... tunggu aku datang.... :)

    ReplyDelete
  5. Asalammualaikum Cik Azlin,
    Saya harap kita dapat berhubung melalui email kerana saya akan ke Perth next year, banyak info yang saya perlukan terutamanya accommodation, saya surfed internet utk accommodation, places to visit, budget etc etc tp agak confusing, harap kita boleh berhubung melalui email ...adaamran@gmail.com
    Thank you

    ReplyDelete
  6. salam nak taya..nak buat visa perlu apa2 syarat lain x? contoh saya dengar member buat hr tu kena tunjuk saving acc...at least kena ada 3000++ br leh buat

    ReplyDelete
  7. salam..sy akan pergi seramai 9 org..tp tk tahu nk stay kt mn...bole tk cadangkan hotel klu boleh under budget..yg 3 star cukupla..harap bole berhubung dgn email..wathzy@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan. Byk tips berguna

    ReplyDelete
  9. Assalamualaykum...just nak share..Sekiranya memerlukan homestay di Perth, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

    ReplyDelete
  10. hi..thanks for sharing.appreciate it.

    ReplyDelete
  11. apply visa eta online
    valid setahun
    single entry hanya rm 20.00
    +6013 2953641 adham

    ReplyDelete
  12. apply visa eta online
    valid setahun
    single entry hanya rm 20.00
    +6013 2953641 adham

    ReplyDelete
  13. Urusan VISA ONLINE memang susah dan mahal biar kami urusakan. Saya bekerja di Travel Agent (Kay Anista Holidays Sdn Bhd) Urusan visa biar kami yang uruskan. Paling cepat 1 hari paling lambat 24jam. Dokumen yang diperlukan hanya muka hadapan passport bagi clear. Whats app di no +60173349218 atau email di haniff.hk@gmail.com. Harga Visa hanya RM20.00 sekiranya lebih 10 orang harga adik beradik RM10.00 free sorang hanya bayar 9 orang sahaja. PROMO CODE "VISARM20"

    ReplyDelete
  14. Kalau transit ke singapore kena ada visa tak untuk tukar flight

    ReplyDelete