Monday 25 March 2013

Iklim dan Cuaca



Perth mengalami iklim Mediteranian. Ia bermakna sepanjang tahun secara amnya, cuaca panas dan baik. Pada waktu musim sejuk, masih boleh menikmati cahaya matahari walaupun hanya seketika pada waktu siang.


Jadi ketika anda bersiap-siap hendak mengunjungi Perth, ada baiknya anda ketahui suhu, cuaca dan musim yang dialami ketika tarikh lawatan anda.

Musim Bunga

Bermula pada 1hb September dan berakhir pada penghujung bulan November.  Ketika ini cuaca cerah dan suhu tidak berapa panas terutama dalam bulan Oktober-November. Cuaca amat baik dan hujan adakalanya turun tetapi amat jarang sekali. Kadangkala hampir tiada langsung.

Suhu secara amnya :


Bulan

Suhu waktu siang

Suhu waktu malam

September

18-21̊ C

9-12̊ C

Oktober

21-24̊C

9-12̊ C

November

24-27̊C

12-15̊C








Musim Panas

Bermula pada 1hb Disember dan berakhir pada penghujung bulan Febuari. Cuaca panas bertambah terik berlaku dalam bulan Januari-Febuari. Ketika itu cuaca amat terik dan udara sangat kering. Hujan kadangkala turun. Walau bagaimana pun, Perth  mengalami tiupan angin dari arah barat laut atau dari arah selatan yang dikenali dengan nama “Fremantle Doctor” membantu menurunkan suhu.

 Suhu secara amnya :


Bulan

Suhu waktu siang

Suhu waktu malam

Disember

27-30̊ C

15-18̊ C

Januari

30-33̊C

18-21̊ C

Febuari

30-33̊C

18-21̊C







Musim Luruh

Bermula pada 1hb Mac sehingga penghujung bulan Mei. Musim luruh di Perth tidak seperti musimluruh di kebanyakkan negara yang pernah kita lihat. Ia seolah-olah kesinambungan musim panas atau boleh juga dikatakan sebagai musim bunga yang kedua. Pada waktu siang agak panas tetapi menjelang malam suhu agak sejuk. Cuaca cerah di siang hari boleh menjadi terik dan kadangkala hujan turun.

Suhu secara amnya :


Bulan

Suhu waktu siang

Suhu waktu malam

Mac

27-30̊ C

15-18̊ C

April

24-27̊C

12-15̊C

Mei

21-24̊C

9-12̊C










Musim Sejuk

Bermula pada 1hb Jun dan berakhir pada penghujung bulan Ogos. Hujan boleh dikatakan hampir setiap hari. Cahaya matahari kadangkala boleh dinikmati beberapa hari. Siang hari amat sejuk walaupun tiada hujan. Ribut petir dan hujan air batu kadangkala turut berlaku.

Suhu secara amnya :


Bulan

Suhu waktu siang

Suhu waktu malam

Jun

18-21̊ C

9-12̊ C

Julai

15-18̊C

6-9̊C

Ogos

18-21̊C

9-12̊C

# Sumber dari www.perthtouristcentre.com.au






Perth pernah merekodkan suhu paling panas yang pada 23 Febuari 1991. Suhunya menjangkau 46.2̊C!

Pengalaman saya sepanjang berulang alik dari Kuala Lumpur – Perth adalah ketika musim panas kadangkala boleh menjangkau 40̊C. Cuaca sangat terik dan perlu minum air sepanjang masa bagi mengelakkan kehilangan air dari badan. Kulit akan menjadi sangat kering. Lebih baik berada di dalam rumah daripada berada di luar. Walau bagaimanapun, kebanyakkan aktiviti berlaku ketika musim ini. Pada ketika ini jika akan ingin berenang di laut perlu berhati-hati kerana musim panas ini banyak ikan jerung!

Musim bunga adalah musim yang paling saya suka. Selain daripada melihat bunga-bunga yang mula berkembang, suasana sejuk dan cahaya matahari yang sentiasa memancar tetapi tidak terik, sangat menyeronokkan. Musim ini adalah waktu yang paling sesuai mengunjungi Perth.

Bagi saya musim sejuk ada pro dan kontranya. Cuaca sejuk dengan suasana yang begitu kelabu amat merimaskan. Hampir setiap hari hujan amat menyukarkan pergerakan. Walau bagaimana pun, ada seronoknya berada di musim ini ketika bulan puasa. Bersahur agak lambat dan berbuka agak awal dengan cuaca yang sejuk, begitu memudahkan saya menjalani ibadah berpuasa.

Musim luruh pula saya boleh katakan seperti berada di tanah air. Cuaca panas, bunga-bunga masih berkembang dan aktiviti-aktiviti luar masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun kadangkala hujan turun. Boleh juga melawat Perth pada bulan ini kerana walaupun cuaca panas pada sebelah siang tetapi malam agak sejuk. Jadi pastikan sekiranya anda tiba di Perth pada musim ini, sehelai baju sejuk ada di dalam bagasi anda.

Tips kembara Perth :

1)    Pastikan anda membawa losyen pelembab walaupun ketika musim sejuk. (Anda pasti akan mandi air panas bukan? Sudah tentu kulit akan kering.)

       2)    Bawa losyen pelembab bibir.

      3)    Jika anda tiba pada musim sejuk, bawalah tuala sekurang-kurangnya dua helai (jika anda tidak menggunakan tuala hotel). Suhu yang lembab dengan pancaran matahari yang kurang melambatkan tuala untuk kering. Tuala atau baju yang dipakai ketika lembab boleh mengakibatkan penyakit.

     4)    Jika anda berenang di laut ketika musim panas, pastikan anda sentiasa berwaspada dengan suasana sekeliling anda. Jika terdapat helikopter berlegar-legar di bahagian pantai, selalunya mereka mengawasi pergerakan ikan jerung. Jika ikan jerung terlalu hampir dengan pantai, semboyan akan dibunyikan dan anda perlu keluar dari kawasan air secepat mungkin. (Saya menulis berdasarkan pengalaman!)

       5)    Jika ini pengalaman pertama anak anda (bawah umur 9 tahun) melancong ke luar negara, pastikan anda mengawasi tahap kesihatan mereka. Kadangkala secara tiba-tiba mereka boleh mendapat demam. (Terutama anak-anak yang mengalami masalah asthma).

      6)    Pada musim bunga, jika anda mengunjungi pesta bunga yang selalunya diadakan pada setiap tahun, hati-hati dengan “sang lebah” yang selalu berada di dalam bunga yang mekar berkembang.


31 comments:

  1. tahniah..seronok sangat membaca dan very informatif.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Ada sedikit ilmu itu saya cuba kongsikan. :)

    ReplyDelete
  3. Assalam.
    InsyaAllah 14-17 Jun nak pergi Perth bersama isteri. Agaknya suasananya sejuk sangatke? perluka bawa baju sejuk yang tebal. Trm kasih atas info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...minta maaf lambat reply.

      Pada saya sangat sejuk. Jika boleh bawalah baju yg agak tebal sedikit tetapi bukanlah seperti pergi ke tempat snow ya. Macam pegi naik genting highland lebih kurang. Kalau naik genting pun saya boleh menggigil. Tetapi Allah lebih berkuasa untuk menentukan. Macam sekarang sepatutnya autumn tetapi terasa seperti summer panasnya.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hi guys,though to share my wonderful experience in perth. I stayed and rent a car from a malaysian holiday home. Mahira holiday homes and car rental pty ltd.Owner originally from kl.very good service and well equipped holiday bungalow with affordable rates. U can call 0123360098 .owner daughter is here in kl.she arranged everything so well for us.thumbs up!!!they even hav tour packages

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you traveller. I will contact them for further info. Cheers!

      Delete
    2. saya bulan 10 ni pergi perth..rsnye cuaca mlm agak sejuk x..hehe

      Delete
  6. salam sis, terima kasih info yg sgt berguna memandangkan sy akan pergi ke perth pada awl dec.ini merupakan 1st trip sy dan family.berdasarkan info yg ada awl dec musim panas so perlu ke sy bawa bju sejuk utk ke sana?sy ada daugther 2y, bju yg mcm mne sesuai utk sy sediakan utk dia sepanjang trip ini?

    ReplyDelete
  7. Salam sis
    March ni saya akan terbang ke perth. Adakah cuaca di sana sama mcm malaysia terutama waktu mlm?

    ReplyDelete
  8. Salam sis
    March ni saya akan terbang ke perth. Adakah cuaca di sana sama mcm malaysia terutama waktu mlm?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.nak tumpang tanya..saya akan ke perth bulan julai ni..memandangkan, sejuk dan kerap hujan ketika itu, puan ade cadangan x aktiviti yang boleh dilakukan?melawat tempat indoor contohnya..rekomen tempat kalau boleh..hehe tq

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.nak tumpang tanya..saya akan ke perth bulan julai ni..memandangkan, sejuk dan kerap hujan ketika itu, puan ade cadangan x aktiviti yang boleh dilakukan?melawat tempat indoor contohnya..rekomen tempat kalau boleh..hehe tq

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.nak tumpang tanya..saya akan ke perth bulan julai ni..memandangkan, sejuk dan kerap hujan ketika itu, puan ade cadangan x aktiviti yang boleh dilakukan?melawat tempat indoor contohnya..rekomen tempat kalau boleh..hehe tq

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.nak tumpang tanya..saya akan ke perth bulan julai ni..memandangkan, sejuk dan kerap hujan ketika itu, puan ade cadangan x aktiviti yang boleh dilakukan?melawat tempat indoor contohnya..rekomen tempat kalau boleh..hehe tq

    ReplyDelete
  13. Assalam..sy akan ke perth pada 30 ogos-4 sept 2016 ini..musim apa ya?n klu sejuk, mcm kt genting ke or lggg sejuk?sbb sy bwk infant n warga emas..terima kasih

    ReplyDelete
  14. Assalam..rancang ke perth pertengahan November bersama isteri dan anak age 11 months. Boleh recommend tempat penginapan yang selesa dan affordable utk kami dan yang boleh memasak. Sesuai ke time ni kami pergi dengan baby age 11month? terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Thanks Azlin. Nice sharing & terbaik! :) Plan pegi cuti sekolah September sewa kereta & tidur khemah berdua dengan anak :D

    ReplyDelete
  16. assalam..bole tlg recommend x tempat penginapan dan kereta sewa yg affordable?

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah.. Info sangat berguna..kami baru pertama kali akan ke sana 12+17/11/2016. Moga suasana warnawarni menanti kami di samping ziarah saudara yang lama menetap di sana.

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah.. Info sangat berguna..kami baru pertama kali akan ke sana 12+17/11/2016. Moga suasana warnawarni menanti kami di samping ziarah saudara yang lama menetap di sana.

    ReplyDelete
  19. terima kasih..sgt informatif..teringin ke sana

    ReplyDelete
  20. Nk tnya d Perth bulan berape musim bunga

    ReplyDelete
  21. Terima kasih atas usaha tuan blog memberi info. Insya Allah nak pegi awal bulan november. Masih lagi spring kan. Nak bawak budak kecik kena plan betul2

    ReplyDelete
  22. ASSALAMUALAIKUM...TQ amat membantu sgt,saya akan pergi sana pada minggu hadapan 19 mac ....

    ReplyDelete
  23. Assalam..tq atas info trip..saya akan ke perth bersama ibu saya pada awal November..ada info2 baju yang sesuai dgn keadaan cuaca pada ketika itu..makanan yang boleh dibawak dari Malaysia macam mana ? Masa di Airport Perth katanya detail item makanan yang dibawa..Kalau2 dpt share..tq

    ReplyDelete
  24. Slm.. Saya akn ke perth awal bulan 11 nnti.. Cuaca sejuk ke cmana ek..?

    ReplyDelete
  25. Slm.. Saya akn ke perth awal bulan 11 nti... Cuaca cmana ek? Bleh bg tips x brkenaan dgn baju2 yg perlu dibawak pd bulan tuh?

    ReplyDelete
  26. saya dr azlan travel& tours sdn bhd ada buat pakej ke PERTH, ground cuma rm1499 seorang dah termasuk transport, homestay , tour leader (private group ) 0125892188 utk tempahan percutian anda ke perth /

    ReplyDelete
  27. salam.. saya dan group akan ke perth pada julai 2020 akan datang untuk progran sukarelawan under university kami..bleh tak kongsikan contact no guest house or homestay yang bersesuaian dgn jumlah 25 org..klu bleh nak yang kos rendah...

    ReplyDelete